Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.8.10

Isu Bukan Islam Masuk Masjid : Pendapat Ulamak & Fatwa JaKIM...

Oleh: Pria Malaya

Amno desperedo!..itu rasanya ayat yang sesuai dilontarkan pada puak2 gerombolan yang jahil agama dan cuba memanipulasi kes/isu demi politik sempit mereka..demi menghalalkan matlamat perjuangan asobiyah mereka...

Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca dan analisa sendiri fatwa yang telah dikluarkan oleh JAKIM dan pendapat tokoh agama tentang isu non muslim memasuki rumah Allah..

Antara cerita/fitnah dlm isu ini yang berjaya dipatahkan ialah:

1. Orang Bukan islam tidak boleh masuk masjid/surau - sesetengah dr penyokong Amno telah menyalahguna maksud hadis nabi yang melarang bukan Islam memasuki rumah Allah..sedangkan hadis itu khusus kpd masjid haram sahaja...adapun bagi masjid lain menurut Islam, hukumnya adalah harus (Rujuk fatwa JAKIM)..

2. Wanita non muslim tidak boleh masuk masjid/surau dibimbangi kedatangan haid dan tidak mandi junub, dan mengotorkan kesucian masjid dll- hujah yg jahil lg dangkal..apakah lelaki non muslim yang dibolehkan memasuki masjid telah dan sah mandi junub mereka? Apakah garis panduan berkaitan 'Masjid sbg Destinasi Perlancongan' yg mereka sendiri gubal telah menyatakan kwajipan bagi pelancong utk mandi junub dahulu sebelum memasuki masjid?..

3. YB tersebut telah memberi ceramah atau tazkirah agama ketika/selepas solat sunat Terawih - fitnah yang mula2 disebarkan oleh penyokong tegar, namun akhirnya berjaya dipatahkan..bukannya ceramah/tazkirah, tetapi ucapan ringkas selepas Tarawih sempena program penyampaian peruntukan kewangan ADUN tersebut kpd surau berkenaan yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran rasis para penyokong Umno..

4. Non muslim tidak boleh memasuki ruang UTAMA solat - ini antara hujah2 terakhir mereka selepas beberapa hujah yg awal dahulu telah berjaya dipatahkan...utk menjawab isu ini, rujuk fatwa JAKIM dibagaimana dilampirkan dibawah..hukumnya harus..

5. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid, sultan marah - bagi meneruskan kempen buruk mereka, maka alasan ini terpaksa ditimbulkan..sedangkan jelas ia bukanlah program atau ceramah politik, tetapi hanya program ringkas penyampaian bantuan sempena bulan Ramadhan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan...kalau ini dikatakan poltitik, ini apa? (baca di sini)

6. Tak tutup aurat - Maka akhirnya, setelah kantoi satu-persatu, satu-satunya kesalahan yang tinggal dlm kes ini ialah YB non Muslim itu ialah kerana tidak menutup aurat @ tidak memakai tudung..habis sekalian penyokong gerombolan terloncat gembira menarik nafas lega kerana masiih mempunyai hujah/dalil mengharamkan ADUN itu memasuki rumah Allah..sekurang2nya mereka boleh membela tindakan yang diputuskan oleh JAIS dan pihak sultan...

So, bagi menjawab persoalan 'tidak tutup aurat' ini, penulis cuba tampilkan beberapa gambar sebagaimana disertakan dibawah...apakah cara tutup aurat sebegini yang dimahukan oleh penyokong Umno atau bagaimana....kalian fikir2kan sendiri..

Akhir kalam, korang rujuk sendiri fatwa yang telah diputuskn oleh JAKIM dlm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu...wallahua'lam...

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Sumber: e-fatwa JAKIM

* p/s - VIDEO di atas: Pandangan Dr. Danial dan Dr. Asri berkaitan isu bukan Islam memasuki masjid/surau...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails